Soalan Latihan

Cara Mengawet Makanan  

A. Pilih jawapan yang tepat.

1 Bahan makanan perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkannya
daripada dicemari oleh
A habuk
B bakteria
C cendawan
D Debu

2 Bakteria yang membiak pada bahan makanan boleh menyebabkan
A demam.
B selesema.
C cirit-birit.
D batuk.

3 Buah mangga boleh diawet melalui proses
A penjerukan.
B pengeringan.
C penyejukbekuan.
D pemanasan.

4 Selepas minum segelas susu, Siti berasa sakit perut dan muntah-muntah.
Keadaan ini disebut
A keracunan makan.
B gastrik.
C alergi makanan.
D memilih makanan.

5 Jem, kicap dan sos diawetkan dengan kaedah
A pengetinan.
B pengeringan.
C penjerukan.
D pembotolan.


B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. _____________________ dan _____________________ merupakan
unsur-unsur perosak bagi bahan makanan.

2. Cili sesuai menjalani proses _____________________ untuk disimpan
lebih lama.

3. _____________________ ialah kaedah mengawet bahan makanan dengan
menyimpannya pada suhu yang rendah

4. _____________________ mesti dituliskan pada botol,tin atau bungkusan
makanan agar pengguna tidak terbeli makanan yang telah rosak.

5. Dalam kaedah _____________________ , bahan makanan dipanaskan
tanpa mendidihkannya.


Soalan Berbentuk UPSR

1 Seorang murid membiarkan sekeping roti di dalam almari. Selepas empat
hari dia mendapati terdapat tompok-tompok hitam pada roti tersebut.
Apakah yang menyebabkan keadaan itu berlaku?
A Keadaan yang gelap
B Keadaan yang gelap dan berair
C Keadaan yang gelap dan lembap
D Keadaan yang tertutup dan berangin

2 Antara bahan berikut, yang manakah diperlukan dalam proses penjerukan?
I Air
II Cuka
III Garam
IV Pewarna makanan
A I sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

3 Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang pengawetan
makanan?
A Mengalakkan proses pertumbuhan bakteria dan kulat
B Menghilangkan zat-zat yang terdapat pada makanan
C Menambah kesegaran pada sayur-sayuran dan buah-buahan
D Memberi zat-zat tambahan pada makanan

4 Penyejukbekuan dapat menjadikan ikan dan daging tahan lebih lama
kerana
A bakteria dan kulat akan mati pada suhu takat beku.
B ikan dan daging terhindar dari lalat dan serangga lain.
C ikan dan daging hanya diawet secara penyejukbekuan.
D pembiakan bakteria dan kulat terhenti pada suhu takat beku.

1 条评论: