2012年12月26日星期三

10 Makanan yang Paling Menggemukkan


1. Nasi Lemak

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain.

2. Roti Canai

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. 

5. Burger Ramly

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. 
Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

6. Mee kari

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

10. Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
  • Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. 

2012年12月14日星期五

Makanan untuk melangsingkan badan

Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting, iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan, zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan, anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaikkan diet anda.

Vitamin C

Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C semulajadi seperti limau gedang, lemon dan oren boleh membantu dalam mengurangkan penyerapan lemak. Diet yang kekurangan vitamin C telah terbukti oleh pelbagai kajian bahawa ia boleh membawa kepada garis pinggang (waistline) yang lebih luas. Anda boleh memenuhi keperluan seharian 75mg vitamin C dengan memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi.

* Teh

Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil jumlah catechin (antioksidan dalam daun teh yang boleh menggalakkan pembakaran lemak) yang paling tinggi lebih mengalami penambahan berat badan yang kurang berbanding dengan mereka yang kurang meminum teh dalam jangkamasa 14 tahun. Dalam memilih jenis teh, adalah digalakkan untuk membeli jenis teh hijau atau putih kerana ia mempunyai kandungan catechin yang lebih tinggi.

* Pisang

Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium, dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium (yang menghasilkan gas) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya, senang didapati, serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

* Makanan rendah GI (indeks glisemik):
Makanan yang rendah GI, iaitu jenis yang dihadam dengan perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepanjang hari, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of the American College of Nutrition. Makanan jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran, dan juga sesetengah buah-buahan seperti limau gedang dan beri biru.

* Jauhi makanan yang tinggi kandungan gula
Sekiranya anda menyemak label makanan, anda akan mendapati kebanyakannya mempunyai gula tambahan (seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam darah. Ia boleh menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme, dan akan menyebabkan anda lebih berselera untuk memakan lebih daripada biasa. Apabila rangsangan leptin terjejas, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengawal selera dan kalori yang berlebihan akan ditukar dan disimpan dalam badan sebagai lemak. Oleh yang demikian, apabila anda membeli makanan, pilihlah jenis yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi seperti sayuran dan kekacang.



Piramid Makanan

piramid_mknn

2012年12月3日星期一

Panduan Diet Malaysia


1. Makan Pelbagai Jenis Makanan

  • Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
  • Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
  • Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.
2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
  • Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
  • Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh (BMI) :
BMI =
Berat (kg) 
Tinggit ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda ialah
Anda adalah
Kurang daripada 18.5
Kurang berat badan
18.5 hingga < 25
Berat badan normal
25 hingga < 30
Berlebihan berat badan
30 atau lebih
Kegemukan atau obes
3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
  • Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
  • Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
  • Sila rujuk Piramid Makanan
4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
  • Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
  • Sumber terbaik antioksida.
  • Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
  • Serat dapat mengelakkan sembelit.
5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
  • Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
  • Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
    • Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
    • Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
    • Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
    • Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
  • Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
    • Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
    • Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.
6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
  • Kurangkan pengambilan gula dalam:
    • Minuman.
    • Masakan
    • Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
  • Kurangkan pengambilan garam dengan :
    • dmengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
    • Kurangkan makanan tinggi garam.
    • Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
    • Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.
7. Minum Banyak Air
  • Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
  • Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.
8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat
  • Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
  • Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
  • Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.
Serving size of each food groups , refer to table below ;
Table of Serving Size
Items
Each of The following is ONE serving
1.
Bread, cereal, rice, noodles and tubers
  • 1/2cup of rice/ mee/ meehun/ kuay teow
  • 1 slice wholemeal bread
  • 1/2piece of chapatti
  • 1 cup of porridge
  • 1/2cup of breakfast cereal
2.
Vegetables
  • 1/2cup cooked green leafy vegetables
  • 1/2cup cooked starchy or fruit vegetables
  • 1 cup raw vegetables e.g salad or ulam.
3.
Fruits
  • 1/2fruit of guava
  • 1 slice of papaya/ watermelon/ pineapple
  • 1 medium banana/ orange/ apple/ lai
  • 1/2cup dried fruit
  • 1/2cup fruit juice
4.
Milk and milk product
  • 1 glass of milk
  • 1 cup of yoghurt
  • 1 slice of cheese
5.
Egg, meat, chicken, fish and legumes
  • 1 drumstickmedium size chicken
  • 1 medium size fish
  • 2 match box sizes of lean meat
  • 5 dessert spoon of cleaned anchovies
  • 1 cup of legumes (cooked)
  • 2 pieces of tauhu
  • 2 pieces of Tempe
  • 2 eggs
Contoh Menu

Saranan Pengambilan Makanan untuk warga emas ialah:
  • 2000 kkal untuk lelaki
  • 1800 kkal untuk wanita
1800 kkal / sehari ( 231g karbohidrat , 81g protein ,59.5 g lemak)

Sarapan
(7.00- 7.30 pagi)
  • 2 cawan bubur nasi + 2 sudu besar ayam cincang +2 sudu teh ikan bilis
  • 1/2cawan kobis tumis
  • 1 cawan susu rendah lemak
Minum Pagi
( 10.00- 10.30 pagi)
  • 1 keping kuih apam
  • 1 gelas air kosong
Makan Tengahari
(12.30- 1.00 tgh )
  • 11/2 cawan nasi putih
  • 1/2cawan kacang panjang tumis
  • 1 ketul peha ayam masak kari + tomato
  • 1 potong betik
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30- 4.00 ptg )
  • 1 keping kuih keria
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
( 6.30- 7.00 mlm )
  • 11/2 cawan nasi putih
  • 1 mangkuk sederhana sup sayur (3/4 cawan lobak merah+kobis+ tauhu)
  • 1 ekor ikan kembong masak kicap
  • 1 biji pisang ( pisang berangan )
  • 1 gelas air kosong
Minum Malam
(9.00- 9.30 mlm )
  • 2 keping krim kraker (biskut tawar)
  • 1 cawan susu rendah lemak

2000 kkal/ sehari( 270g karbohidrat , 91g protein ,70g lemak)
Sarapan
(7.00- 7.30 pg)
  • 3 keping roti mil penuh + marjerin + telur hancur + 2 hiris tomato + 2 hiris timun
  • 1 cawan susu rendah lemak
Minum Pagi
( 10.00- 10.30 pg)
  • 5 keping cucur udang
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Tengahari
(12.30- 1.00 tgh )
  • 11/2 cawan nasi putih
  • 1 mangkuk sederhana sup sayur (?? cawan sawi + tauhu )
  • 1 ekor ikan kerisi goreng
  • 1 biji limau
  • 1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30- 4.00 ptg )
  • 1 keping karipap
  • 1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
( 6.30- 7.00 mlm )
  • 1 pinggan mee hailam ( 11/2 cawan mee )+ 1 ketul ayam bahagian dada +
  • 1/2 cawan ( sawi + lobak+ bunga kobis + putik jagung )
  • 1 gelas jus tembikai
  • 1 gelas air kosong ( jika perlu )
Minum Malam
(9.00- 9.30 pm )
  • 1 biji ban
  • 1 cawan susu rendah lemak




















Makanan Kurangkan Kolesterol



Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol penyebab serangan jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
1. Kacang Soya

- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 
 
2. Kuaci

- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima
4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
 
 6. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
 
9. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

Makanan Seimbang


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan 
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit

Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

2012年12月1日星期六

Penjerukan


Penjerukan ialah proses pengawetan makanan dengan direndam di dalam larutan berasid (seperti cuka) atau larutan garam yang pekat. Makanan sebegini disebut jeruk.
Timun (khususnya, Gherkins) dikumpul bagi dijeruk.
Jeruk gaya Timur Tengah dari Syria.
Penjerukan, juga dikenali sebagai rendaman air garam, merupakan proses pengawetan makanan oleh pemeraman makanan melalui organisma anaerobik dalam larutan bergaram (larutan garam boleh makan bersama air) untuk menghasilkan asid laktik, atau pengaraman dan disimpan dalam laurtan berasid, biasanya cuka (asid asetik). Makanan terhasil dikenali sebagai jeruk. Prosedur ini memberikan makanan rasa masin atau masam. Di Asia Selatan, minyak boleh dimakan biasanya digunakan sebagai medium jeruk bersama cuka.
Satu lagi ciri pembeza adalah tahap pH kurang dari 4.6, yang mencukupi bagi mematikan kebanyakan bakteria. Penjerukan boleh mengekalkan makanan mudah rosak selama beberapa bulan. Herba dan rempah anti-mikroorganisma, seperti biji benih mustard, bawang putih, kulit kayu manis atau cengkih, sering ditambah.Sekiranya makanan mengandungi kelembapan yang mencukupi, penjerukan boleh dihasilkan sekadar menambah garam kering. Sebagai contoh, sauerkraut dan kimchi Korea dihasilkan dengan menambah garam pada sayuran bagi menarik keluar air lebihan. Penjerukan pada suhu bilik, melalui bakteria asid laktik, menghasilkan keasidan yang diperlukan. Jeruk lain dihasilkan dengan meletakkan sayuran dalam cuka. Tidak seperti proses pengetinan, penjerukan (yang merangkumi pemeraman) tidak memerlukan makanan tersebit disteril sepenuhnya sebelum ia dikedapkan. Keasidan atau kemasinan larutan, suhu penapaian, dan penyingkiran oksijen menentukan mikroorganisma mana yang berkuasa, dan menentukan perisa keluaran yang terhasil.
Apabila kedua-dua kepekatan garam dan suhu adalah rendah, mikroorganisma Leuconostoc mesenteroides berkuasa, menghasilkan campuran keasidan, alkohol, dan sebatian bauan. Pada suhu lebih tinggi Lactobacillus plantarum berkuasa, yang menghasilkan terutamanya asid laktik. Kebanyakan penjerukan bermula dengan Leuconostoc, dan bertukar kepada Lactobacillus dengan keasidan lebih tinggi.

PENGAWETAN BAHAN MAKANAN

 




1.2.1
Sebab  kerosakan makanan

Dengan animasi dan grafik yang menarik, pengguna mempelajari tentang pelbagai bahan makanan yang boleh menjadi rosak apabila melebihi  masa jangka hayatnya. Ini berlaku disebabkan oleh organisma hidup yang seni dikenali sebagai mikrob atau bakteria dan kulat. Dalam topik ini juga pengguna dapat menjalankan satu eksperimen berbentuk simulasi untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi pertumbuhan kulapok pada roti. 
Pengguna juga diberikan penerangan ringkas oleh Bekto tentang keperluan asas bakteria dan kulat untuk hidup iaitu air, udara,  makanan dan suhu yang sesuai. Turut dibincangkan dalam topik ini ialah bakteria dan kulat tidak boleh dalam keadaan yang sangat berasid. Seterusnya pengguna boleh menjawab kuiz formatif untuk menguji pemahamannya tentang topik ini.


   






1.2.2

Apakah pengawetan?


Dengan bantuan aktiviti berbentuk simulasi, pengguna dapat mempelajari pelbagai kaedah yang digunakan untuk mencegah makanan menjadi rosak berdasarkan faktor keperluan asas bakteria dan kulat untuk hidup yang telah dipelajari pada topik sebelum ini. 
Dalam topik ini juga dibincangkan beberapa kelebihan pengawetan makanan dan kaedah yang digunakan untuk mengawet makanan.
Pengguna menjawab soalan-soalan dalam Kuiz Formatif di akhir topik untuk menguji pengetahuannya.


 





1.2.3
Cara mengawet makanan

Dengan bantuan aktiviti berbentuk simulasi, pengguna mempelajari pelbagai cara pengawetan makanan yang boleh digunakan di rumah seperti penjerukan, pengasinan dan pengeringan. Pengguna turut diterangkan tentang kaedah yang digunakan dalam industri seperti pembotolan dan pengetinan. 
Pengguna boleh menjawab soalan-soalan dalam Kuiz Formatif di akhir topik untuk menguji pengetahuannya.


 

Pengawetan Makanan

Eksperimen pengawetan makanan kaedah penjerukan.Tujuan ini adalah untuk memastikan makanan boleh disimpan dalam tempoh yang lebih lama.

Proes Pengawetan Makanan

1. Buah mangga dikupas kulitnya.
2. Buah mangga dipotong menjadi kepingan kecil
3. Buah yang sudah dipotong dibasuh dan dimasukkan ke dalam bekas
4. Masukkan larutan gula
5. Masukkan sedikit cuka makanan
6. Jeruk yang sudah siap