PORT DICKSON 27 Julai - Jabatan Kesihatan
Negeri Sembilan mengarahkan sebuah gerai bazar Ramadan di Pasir Panjang dekat
sini supaya ditutup selama dua minggu mulai hari ini ekoran kejadian 38 orang
mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan
malam tadi.
Pengarahnya Datuk Dr Zailan Adnan berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap gerai bazar Ramadan berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
"Ia melibatkan 33 pelajar perempuan sebuah kolej, seorang kakitangan kolej dan empat orang awam termasuk dua kanak-kanak.
"Dua belas daripada mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar hospital yang sama. Ini adalah kes pertama yang berlaku melibatkan bazar Ramadan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya kesemua mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan ketika berbuka puasa di gerai berkenaan petang semalam. - BERNAMA

Maka berhati-hatilah ketika membeli juadah untuk
berbuka di bazar ramadhan. Apa yang pasti makanan lauk pauk dibazar ramadhan
dimasak diwaktu tengahari. Cuba anda bayangkan 6 jam makanan tersebut disimpan
untuk dijual pada seawal pukul 4 petang.