2012年11月25日星期日

Keracunan makanan di bazar ramadhan- Jenis-jenjs makanan yang berisiko tinggi menyebabkan keracunan makanan 38 orang keracunan makanan dari bazar Ramadan


PORT DICKSON 27 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah gerai bazar Ramadan di Pasir Panjang dekat sini supaya ditutup selama dua minggu mulai hari ini ekoran kejadian 38 orang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan malam tadi.
Pengarahnya Datuk Dr Zailan Adnan berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap gerai bazar Ramadan berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
"Ia melibatkan 33 pelajar perempuan sebuah kolej, seorang kakitangan kolej dan empat orang awam termasuk dua kanak-kanak.
"Dua belas daripada mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar hospital yang sama. Ini adalah kes pertama yang berlaku melibatkan bazar Ramadan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya kesemua mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan ketika berbuka puasa di gerai berkenaan petang semalam. - BERNAMA
 Maka berhati-hatilah ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar ramadhan. Apa yang pasti makanan lauk pauk dibazar ramadhan dimasak diwaktu tengahari. Cuba anda bayangkan 6 jam makanan tersebut disimpan untuk dijual pada seawal pukul 4 petang.

没有评论:

发表评论